Info Ringkas : Makanan Halal Di Jepun

Makanan halal adalah masalah utama kepada pelancong Muslim terutamanya apabila terdapatnya kekangan bahasa dan komunikasi antara penduduk tempatan. Namun, penduduk Jepun amat prihatin dan sudi memberi bantuan sekiranya anda dapat bertanyakan dengan cara yang betul. Apa yang perlu anda tanya adalah :-
๐Ÿ‘‰ ใ“ใฎๆ–™็†ใฏใŠ่‚‰ใ‹ใŠ้…’ใชใฉใŒๅ…ฅใฃใฆใ„ใพใ›ใ‚“ใ‹?Kono ryouri wa oniku ka osake nado haitte imasen ka ? Dalam masakan ini, adakah ada kandungan daging atau sake (arak) ? 
๐Ÿ‘‰ ใ“ใฎ้ฃฒใฟ็‰ฉใฏใŠ้…’ใŒๅ…ฅใฃใฆใ„ใพใ›ใ‚“ใ‹?Kono nomimono wa osake ga haitte imasen ka ? Dalam minuman ini, adakah ada kandungan sake (arak) ? 
๐Ÿ‘‰ ใ™ใฟใพใ›ใ‚“、่ฑš่‚‰ใŒใ ใ‚ใงใ™。Sumimasen, buta niku wa dame desu. Minta maaf, daging khinzir tidak boleh. 
๐Ÿ‘‰ ใŠ็ฅ“ใ„้ฃŸใน็‰ฉ / ้ฃฒใฟ็‰ฉใฏใ‚ใ‚Šใพใ›ใ‚“ใ‹?็งใฏใƒ ใ‚นใƒชใƒ ใ ใ‹ใ‚‰ใงใ™。Oharai tabemono / nomimoni wa arimasen ka? Watashi wa musurimu dakara desu.Ada terdapat makanan halal? Saya adalah seorang muslim.
Label Halal
Namun, masih lagi banyak makanan halal boleh dijumpai di Jepun terutamanya restoran-restoran milik penduduk Turki, India, Pakistan dan juga Malaysia. Setiap restoran yang sajikan makanan halal akan dilabelkan dengan tanda HALAL di hadapan pintu masuk masing-masing. Ada sesetengah restoran milik penduduk Jepun juga telah mengambil persijilan halal daripada komuniti Islam tempatan. Walaupun bilangannya tidaklah banyak, namun kedudukannnya yang strategik di tumpuan pelancong asing seperti di lapangan terbang antarabangsa dan juga stesen keretapi api utama.Tetapi perlu diingatkan, makan di restoran sedemikian akan mengundang bajet yang tinggi.

Contoh Senarai Restoran Halal  
ๆฑไบฌ Tokyo 
  • Homemade Udon Noodles KINEYAMUGIMARU
  • TAKARAYA Japanese Restaurant
  • SUMIYAKIYA (Yakiniku Restaurant)
ๅคง้˜ช Osaka
  • SOJIBO
  • ORAGASOBA
  • THE U-don 
ไบฌ้ƒฝ Kyoto
  • Continental Restaurant FIRENZE
  • India restaurant RAJU
ๅŒ—ๆตทๅบฆ Hokkaido
  • Sekkatei (Rusutsu Resort Hotel) 
Senarai Kedai Serbaneka (Konbini) Di Jepun
Makanan dan minuman boleh dibeli di kedai serbaneka 24 jam (convenience store) yang mana lebih menjimatkan dan banyak pilihan. Di Jepun, kedai serbaneka lebih dikenali dengan konbini. Gambarajah di bawah menunjukkan kepelbagaian makanan dan minuman yang boleh dipilih terutamanya berasaskan makanan laut. Antara makanan yang murah dan boleh dimakan ialah onigiri [๐Ÿ™、ใŠใซใŽใ‚Š], iaitu sejenis nasi kepal dibalut dengan rumpai laut atau dipanggil nori [ๆตท่‹”]. Dalam kepalan nasi tersebut terdapat pelbagai kandungan inti seperti tuna mayonis, salmon, udang dan sebagainya. Tetapi awas, ada sesetengah onigiri mengandungi inti berisi daging. Harga onigiri dalam lingkungan ¥100 ~ ¥150 dan amat berpatutan.

Rak-rak disusun rapi dengan pelbagai makanan
Bersesuaian dengan namanya “Convenience Store” atau lebih dikenali di Jepun sebagai Konbini adalah sebuah kedai serbaneka 24 jam dibuka sepanjang masa. Pelbagai barangan jualan daripada baju, barangan elektronik, bento, perkhidmatan pos dan fotokopi, membeli tiket penerbangan / konsert dan membayar utiliti & cukai dan sebagainya disediakan yang mana menjadi sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat Jepun.  Sektor perniagaan ini lebih bernilai dan tinggi berbanding ekonomi di Sri Lanka. 

Rahsianya ialah pembaharuan stok jualan sepanjang masa. Kedudukan konbini boleh menjadi sebahagian daripada sebuah stesen minyak, di tepi jalan raya yang sibuk , berhampiran stesen keretapi atau hab pengangkutan yang lain. Konbini biasanya mengenakan harga yang jauh lebih tinggi daripada kedai-kedai runcit konvensional atau pasar raya.  Namun, konbini pastinya akan memberikan keperluan kepada mereka yang perlukan sesuatu dalam masa kecemasan dan memudahkan pelanggan.

Anda juga mungkin meminati artikel ini :

No comments:

Post a Comment